96P006 – UNDANG2 HARTANAH – KANUN TANAH NEGARA, AKTA PENGAMBILAN TANAH, ENAKMEN RIZAB MELAYU
Objektif
Kursus intensif dua hari mengenai undang-undang hartanah ini dirangka khas untuk menghuraikan tiga statut utama mengenai tanah di Semenanjung Malaysia – iaitu Kanun Tanah Negara 1965, Akta Pengambilan Tanah 1960, dan Enakmen Rizab Melayu. Ketiga-tiga undang-undang ini tidak terpakai di Sabah dan Sarawak, kerana kedua-dua negeri ini punyai undang-undang tanah mereka sendiri. Pada hari pertama, peserta yang menghadiri kursus ini akan didedahkan dengan sumber undang-undang tanah sejak dahulu kala hingga sekarang, yang meliputi undang-undang adat, undang-undang Islam, common law dan ekuiti sebelum sistem Torrens di bawa masuk ke negara ini.
Seterusnya fokus akan diberi kepada prinsip asas sistem Torrens, takrif “tanah”, hak pemilik tanah kepada tanah di bawah tanah (stratum), ruang udara (spatium), hak pemilik berurusniaga, dan impak sistem kaveat kepada tanah.
Pada hari kedua, pada sebelah pagi, peserta akan didedahkan dengan Akta Pengambilan Tanah, prosedur pengambila tanah, prinsip-prinsip penilaian pampasan, mencabar pengambilan, dan kes-kes terpilih mengenai pengambilan tanah.
Pada sebelah petang pula, peserta akan didedahkan dengan wasiat Raja-Raja Melayu, isu mengenai kehilangan tanah rizab Melayu, sekatan kepada urusniaga, dan prospek pemodenan undang-undang di masa depan menganai tanah rizab Melayu.
Undang-undang hartanah adalah suatu yang kompleks dan lazimnya sukar difahami oleh orang awam. Matlamat kursus ini adalah menghuraikannya kepada peserta supaya mudah difahami, yang diharapkan akan dapat dimafaatkan sepenuhnya oleh peserta dalam kerjaya mereka masing-masing di masa depan.
Siapa Patut Hadir ?
Pemilik Hartanah, Pemaju Hartanah, Perunding Hartanah, Kontraktor, Pengurus Hartanah, Pentadbir Kontrak, Arkitek, Jurutera, Jurunilai, Juruukur Bahan, Perancang Bandar, Penasihat Undang-undang, Peguam, Pengurus Projek, Bank Dan Institusi Kewangan, Pentadbir Tanah, Penasihat Pelaburan, Penyelaras Projek, Ahli Akademik Dan Pegawai Agensi Awam.

Mode: Physical
Duration: 2 Days


